Saturday, May 22, 2010

Pengenalan Kepada USANA


Makna USANA

USANA ialah satu perkataan Latin yang bermakna kesihatan yang sempurna. Ia bukan sahaja bermakna seseorang itu sihat tetapi juga mempunyai keupayaan menjalani kehidupan seharian dengan lebih bertenaga, lebih ceria dan lebih bermakna. Sesetengah orang sudah merasa berpuas hati hanya dengan tidak dihinggapi sebarang penyakit. Tetapi kebanyakan dari mereka menjalani kehidupan dengan kepayahan memerah tenaga, keluh kesah dan merasa bosan. Ini adalah kerana tenaga mereka hanya cukup untuk melakukan kerja mencari nafkah. Mereka tidak mempunyai tenaga berlebihan sebagai simpanan. Apabila pulang dari kerja, mereka tidak berdaya lagi untuk melakukan aktiviti-aktiviti sampingan seperti melayan hobi atau mencari nafkah tambahan. Selepas solat Isyak, ramai dari mereka telah terpongkang kepenatan di atas katil masing-masing. Malah ramai di antara mereka yang tidak mampu melayan pasangan masing-masing. Ada di antara mereka yang hanya mampu melakukan hubungan suami isteri sekali dalam 2 minggu. Hidup mereka amat membosankan. Semua tenaga yang ada hanya cukup untuk bekerja menyara keluarga sahaja. Hidup mereka umpama robot, diprogram hanya untuk bekerja. Nikmat hidup sebenar tidak dapat dikecapi. Hidup mereka mereka tidak mempunyai erti yang luas.

USANA, Suplemen Kesihatan Terbaik Dunia.

Dengan USANA, anda bukan sahaja mendapat kesihatan yang baik (kurang mendapat sakit), tetapi juga (Insya Allah) anda mendapat kesihatan yang paling optimum. Kesihatan yang baik bermakna anda jarang mendapat penyakit-penyakit seperti penyakit demam dan selsema yang diakibatkan oleh serangan virus; penyakit kulit yang disebabkan oleh bakteria dan fungus; dan penyakit kronik seperti kencing manis, sakit buah pinggang, sakit jantung, lelah, darah tinggi dan pelbagai-bagai jenis penyakit lagi yang boleh menyebabkan kematian.

Kesihatan yang optimum bermakna bukan sahaja anda tidak menghidapi penyakit-penyakit seperti di atas, bahkan anda mampu menjalankan aktiviti-aktiviti bersukan yang lasak seperti berjogging sejauh 5 km, berekspedisi memanjat gunung, jungle trekking dan sebagainya. Anda mampu menjalani aktiviti-aktiviti lasak tersebut tanpa merasa sakit pada bahagian-bahagian anggota badan seperti sakit tulang belikat, lutut, tapak kaki dan sebagainya. Selepas menjalani aktiviti-aktiviti lasak tersebut, badan anda masih mampu mempunyai tenaga simpanan untuk menjalani aktiviti-aktiviti rutin kehidupan anda seperti membawa anak-anak keluar bersiar-siar, berkebun dibelakang rumah, membasuh kereta dan sebagainya. Hidup anda tidak membosankan lagi (Insya Allah).

USANA Menjana Pendapatan Lumayan.

Sekiranya anda memanfaatkan USANA dengan sepenuhnya, anda juga berpeluang untuk memiliki sumber kewangan yang lebih dari mencukupi untuk melayani kehendak dan selera manusiawi anda yang tidak terbatas itu. Atau mungkin anda memerlukan sumber kewangan tambahan untuk menjelaskan hutang-hutang anda yang semakin menimbun. Percayalah, wang tambahan yang bakal anda dapat dari USANA mampu mengurangkan tekanan hidup yang mempunyai hubung kait dengan punca seseorang itu mendapat penyakit. Kurang tekanan, kuranglah pula penyakit.

USANA memberi peluang kepada anda untuk membuat wang tambahan dengan produk-produk kesihatan dan kecantikannya yang bermutu tinggi lagi berkesan, dan telah mendapat berbagai-bagai pengiktirafan dan anugerah di seluruh dunia. Berapa banyakkah wang yang boleh anda hasilkan dengan USANA? Secara teknikalnya, tidak terbatas. Anda boleh menjadikan Corlette Larsen sebagai role model perniagaan USANA anda yang berjaya. Beliau menjana pendapatan bulanan sebanyak US$1,800,000 pada tahun 2006 hanya dengan menyertai program pengedar barangan USANA. Dipendekkan cerita, dengan USANA, kesihatan Jasmani dan kesihatan dompet anda akan bertambah baik.

USANA Health Sciences, Syarikat Rangkaian Pemasaran.



USANA Health Sciences ialah sebuah syarikat kesihatan yang mengeluar dan mengedarkan produk-produk kesihatan secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah. Ia ditubuhkan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat pada tahun 1992 oleh seorang ahli sains yang mempunyai kepakaran dalam bidang pemeliharaan sel manusia (microbiologist) yang bernama Dr. Myron Wenz. Produk-produk Usana boleh didapati di 14 buah negara iaitu:
1. United States of America
2. Canada
3. Caribbean
4. United Kingdom
5. Australia
6. New Zealand
7. Netherlands
8. Hongkong
9. Japan
10. Taiwan
11. Korea
12. Singapore
13. Mexico
14. Malaysia

Produk-produk USANA seringkali mendapat pengiktirafan dunia dengan mendapat terlalu banyak anugerah di dalam berbagai-bagai bidang samada bidang kesihatan maupun bidang perniagaan. Peluang berjaya di dalam perniagaan USANA amatlah tinggi memandangkan pasarannya yang luas melibatkan 14 buah negara seperti di atas. Sebagai seorang pengedar, secara otomatik anda boleh berurusan dengan prospek-prospek di semua negara-negara yang telah mempunyai pejabat USANA seperti yang tertera di jadual atas tanpa melibatkan urusan-urusan perundangan negara-negara tersebut.

Di pejabat USANA Malaysia yang terletak di menara AXIS, Petaling Jaya, kerapkali kita boleh berjumpa dengan pengedar-pengedar USANA dari negara-negara lain seperti Singapore dan Australia yang datang ke Malaysia khusus untuk mencari prospek. Jika rakyat negara luar boleh mencari rezeki di Malaysia melalui USANA dengan mudah, selesa dan jaya, mengapa tidak peluang ini direbut oleh rakyat tempatan? Jika mereka boleh berjaya kenapa kita tidak? Sudah pasti mereka telah berjaya di tempat mereka dan ingin mengembangkan sayap perniagaan mereka di luar negara setelah pasaran di negara mereka telah sempit disebabkan ketepuan dan persaingan yang sengit. Mereka mendapati persaingan agak rendah di Malaysia, membolehkan mereka lebih mudah berjaya di sini dari di tempat mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment